Monday, February 22, 2010

JANGAN ADA DENDAM LAGI 1

''Kau dah gila Ilham??Kau fikir rancangan kau ni boleh berjaya ke?"
taufik geram dengan rancangan bodoh kawannya.Sungguh,ini adalah rancangan bodoh yang pernah dia dengar.

"Apa pun yang akan terjadi,aku akan hadapi.Kau hanya perlu ikut apa yang aku suruh.." Ilham mengurut dahinya.Pening dengan kerenah Taufik yang dari tadi asyik mempertikaikn kemampuannya.Dia sudah nekad dengan kehendaknya sendiri.

"Kau tahu risikonya tinggi Ham,kita ni siapa nak tentang mereka??Dato Hisyam tu peneraju Hotel Heritage yang terbesar di UK.."

"Kalau kau takut,dah la.Kau pergi balik.Kau jangan nasihatkan aku itu ini semua..."jari telunjuk ditunding ke arah Taufik.Sedikit tercabar Ilham dengan kata-kata Taufik tadi.
Terundur setapak Taufik kebelakang.Sedikit terkejut dengan kelakuan Ilham.

"Aku balik dulu.Kau fikirlah mana yang terbaik untuk hidupmu Ham." Malas nak bertekak dengan sahabatnya hanya kerana perkara lalu.Lantas Taufik berlalu pergi.

Ilham hanya membisu.Meraup mukanya dengan kedua tapak tangannya.Sebenarnya, bukanlah dia tercabar dengan kata-kata sahabatnya,tetapi rasa tercabar dengan kata-kata nista yang telah dilemparkan kepada keluarganya 15 tahun dahulu.Ilham sudah serik dengan semua yang terjadi.Kalau dia sendiri sahaja yang menanggung semua beban ini,mungkin dia tidak senekad ini ingin memeteraikan dendamnya.Tapi,apa yang berlaku dulu,sudah pasti sakitnya juga turut dirasakan oleh ibunya.Sehingga menyebabkan ayahnya meninggal dunia.Semua disebabkan oleh perbuatan Dato Hisyam yang gilakan harta tanpa memikirkan kesakitan yang dipikul oleh golongan miskin seperti mereka.Taufik juga turut merasakan sedemikian.Hanya dulu,Taufik dan Ilham hanyala budak hingusan yang tidak tahu berbuat apa-apa apabila hak sah mereka diambil secara paksa.Cuma Ilham yang lebih rasa terhina kerana ibunya juga turut ditabur fitnah.

Mungkin Taufik mengatakan rancangan yang di atur adalah rancangan gila,tapi bagi Ilham mungkin dengan cara ini sahaja dia dapat memberikan pengajaran kepada Dato Hisyam.Agar sikapnya tidak lagi menyusahakan orang ramai.Mungkin kedatangan Dato Hisyam kali ini ke kampung mereka dengan niat yang sama.Akan mengambil hak penduduk kampung Samudera sepertimana yang dia lakukan 15 tahun yang lalu..

Ilham merebahkan badannya di atas kerusi panjang yang tersedia di Jeti Samudera itu.Tenang rasa hatinya apabila memandang ke langit malam.Melihat bintang-bintang yang berkelipan indah mengikut rentak degupan jantungnya.Dihauembus nafasnya perlahan,agar dapat membuang segala sisa api kemarahannya.Sedikit tenang hatinya dirasakan.Tiupan bayu malam itu membawa dirinya merungkai kenangan lama.Perlahan dipejamkan matanya..

Ilham teringat kembali kenangan lalu.Kampung Pasir Indah yang terletak di pinggir lautan Daerah Sandakan telah dirampas milik oleh Dato Hisyam 15 tahun yang lalu.Kerana gilakan harta,Dato Hisyam telah memalsukan semua dokumen surat tanah kampung tersebut.Sehinggakan tanah yang sebenarnya milik keluarga Ilham dirampas milik olehnya.Ayahnya Mohd Syukri pula telah hilang nyawa kerana mempertahankan hak keluarga mereka.Pengorbanan nya hanya sia-sia kerana Dato Hisyam lebih licik mengatur langkah dan strategi kotornya.Dato Hisyam telah mengupah seorang doktor untuk memalsukan keterangn kematian Mohd Syukri.Kononnya Syukri meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.Sedangkan yang sebenarnya Syukri telah dipukul hingga lemah dan dihumban ke dalam gaung bersama keretanya.Kamal sahabat baik Syukri telah melihat kejadian itu tetapi dia tidak mempunyai cukup bukti untuk menguatkn dakwaannya.
Bukan itu sahaja,malah ibunya juga difitah menjadi pelacur malam setelah kematian suami.Berat sungguh tuduhan itu.kononnya ibunya Haziani disiang hari berlakon menjadi ustazah yang mengajar mengaji,dan dimalam hari pula keluar mencari pelanggan untuk sara hidup mereka.Ilham yang dulunya hanya budak kecil pun turut mengerti dengan maksud fitnah itu.

"ibu tak sekejam itu kan bu?.."mengalir deras air mata Ilham.

"tidak sayang.ibu tak pernah melakukannya.."dikucup lembut ubun-ubun anaknya.dipeluk erat buah htinya.seerat-eratnya..mengalirkan kasih sayangnya yang tak terhingga.

"tapi kenapa orang kata ibu macam tu,Im tak nak orang kata macam tu.Im sakit bu.."Ilham mengemaskan lagi pelukannya.teramat dia menyayangi ibunya.

"shuuut,dah sayang..jagan fikir lagi.kita serahkan pada ILLAHI.biarla DIA yang menentukan segalanya."diletakkan jari kelingkingnya dibibir anaknya.menghalangnya dari berbicara.

''sayang tidur ya.."dipeluk erat tubuh anaknya..dia sahaja permata hatinya.hidupnya dan nadinya waktu ini dan selamanya.

Selang beberapa hari,datang seorang yang berpakaian kemas menunjukkan mereka surat tanah.menurutnya,rumah dan semua tanah 100 ekar ini adalah milik Dato HIsyam yang sah.Haziani hampir rebah apabila membaca surat itu.Walaupun berkeras,akhirnya,mereka akur dengan kekuatan yang dimiliki oleh Dato Hisyam..mereka keluar dari kampung itu.bukan itu sahaj,yang lebih menyakitkan,mereka dihalau serta merta bagaikan anjing yang terlelap sejenak dikaki jalan.dilempar,di keji di hina.pelbagai tomahan yang dilemparkan masih berbekas hingga ke hari ini.

1 comment:

  1. salam ummi..hehehe
    permulaan yang baik..
    sapa cakap ummi x pandai menulis..
    dah ok la ni..teruskan dik..
    kak gee pun bukan pandai sangat menulis..
    tapi keinginan nak mencuba menjurus jari jemari mencorek apa yang terlintas di fikiran..
    dik ummi pun boleh..pasti boleh..
    sambung lagi dik..hehehe

    ReplyDelete