Wednesday, February 24, 2010

JANGAN ADA DENDAM LAGI 3

Imniani Sharlini mematikan telefon bimbitnya.Puas rasa hatinya kerana dapat berbual lama dengan kekasih hatinya Farok.Hanya tinggal menghitug watku untuk cinta mereka disatukan menjadi ikatan yang suci.Handphone berdering lagi.
"yea sayang,"langsung sahaja telefon dtekap ditelinganya.

"abah ni"

"oopss.sory abah"alamak,kan dah malu sendiri..

"ape hal cari Sher?"Terkejut,tiba-tiba sahaja abahnya kol.

"'abah tak dapat hadir dalam perasmian hotel kita d Sandakan nanti.Sher ganti abah yea."

"knapa Sher pula,kan abang hakimi ada.suruh die je la.Sher tak reti lagi semua tu."tak suka dengan cadangan abahnya.baru sahaja tiga hari balik dari uk,dh dsuruh pergi ke Sabah pulak.Sungguh leceh kali ini.

"abg kimi ade urusan kat langkawi.sebulan..Sher sahaja harapan abah..boleh sayang?"pujukan rayu abahnya mula mencairkan hatinya..

"ok."trus sahaja dia mematikan telefon.tak dapat meluangkan masa lama bersama-sama kekasih hatinya.'faro,farok,farok..dlm minda ku hanya da kamu.'riang kata hatinya bersuara.

Tuesday, February 23, 2010

JANGAN ADA DENDAM LAGI 2

"kau termenungkkan ape tu Ham?.."taufik cuak dengan sahabatnya yang kerap termenung kebelakangan ini.

sedikit terkejut Ilham.Enta dari mana tiba-tiba sahaja Taufik datang menerpa.Dah la tak bagi salam,tuduh pulak aku termenung..

"aku tengah fikirkan,macam mana nak teckle makcik janda sebelah rumah kau tu.."kenapa la kau selalu menyibuk fiq.dah la takut menentang rejim zionis tu.
.
"apa?"..Tergeletek Taufik mendengarnya.ketawa tebahak-bahak jadinya..luas sunggut mulutnya terbuka..

"kalau pun dah tak ada buah hati tu,jangan la rembat sembarangan Ham.kau mampu ke sara kesemua anak-anak dia tu.bukan satu dua,tapi lapan orang tu Ham.."Taufik terus menghamburkan tawanya.lucu pada kata-kata Ilham ingin menjadikan makcik Peah sebagai buah hatinya.

"tak salahkan?aku bukannya nak sara anak-anaknya,aku cuma nak emaknya je.kau tahu jugak kan,dia tu banyk harta.kalau kau berminat,ade mak sedara die,masih single lagi.nak??naik lah pangakat kau sikit,pakcik mertua aku..hahahahahha"...sengaja Ilham mengenakan kawannya.dia tahu pasti Taufik sudah sedia maklum siapa mak sedara kpd peah tu.samirompa.Boleh dikatakn menjadi saluran tv yang terhangat di kampung itu.siap berbekalkan gosip panas. pantang dengar cerita sikit dah hambur cerita.

"kau fikir aku ni tak de test ke Ham.kalau boleh aku nak jugak mirip-mirip siti nurhalizah.bukan saja cantik,budi bahasa pun tinggi...kalau setakat tv gosip tu,terima kasih je la..simpan untuk stok kau.."Taufik melabuhkan punggungnya duduk disebelah Ilham..

"banyak la kau punya siti..hahahaha"mungkin kehadiran sahabatnya kali ini menyenangkan hatinya.ilham hanya mampu mengukir senyuman plastik.sungguh hatinya dirundum pilu..

"aku kesiankan kau Ham.kau cari la teman hidup.boleh tolong tengok-tengokkan mak kau tu."sengaja Tafik mengubah topik.ingin memancing sahabnya berbicara tentang hati pula.

senyap..

''sayang kau tak gunakan ketampanan kau tu"..sengaja Taufik menduga arus.

"tak guna jugak kalau tak ada harta"..dah mula dah mamat ni desisi Ilham dalam hati.

"pasal harta kau jangan risau.apa kata kau pinjamkan aku kehenseman kau tu.boleh aku peragakan dalam kampung ni.mana tahu ada sangkut'"sempat lagi Taufik berjenaka.yang langsung sikit pun tak tercuit di hati Ilham,.

Ilham hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.memang diakui, dia mempunyai rupa paras yang sempurna.kehensemannya yang terserla menyebabkan ramai gadis-gadis yang tergila-gilakannya..kulit sawo matang.bibir tipis yang mampu menghiurkan ramai wanita.mata bulat berwarna coklat mampu mematikan pandangan bidadari.cuma hanya dia yang masih belum tersentuh hati untuk menerima kata cinta dari sesiapa.sungguh,kasihnya kini hanya mutlak milik ibunya seorang..ibu yang amat dikasihi dan disayangi hingga akhir nyawa.

''Malam ni aku tak dapat join kamu orang.ibu aku kurang sihat lg"lantas Ilham bangun dari tempat duduknya.disapu habuk yang melekat diseluarnya..

"rugi kau ham,Dato firman dh tetapkan kita jadi pembantu dia.takkan kau nak tolak''kecewa taufik krna ilham tidak ingin mengiut mereka berkerja sam-sama dengan dato' firman.

"lain hari la.mungkin rezeki aku bukan dsitu.ibu aku lebih penting.aku balik dulu"..
"sebelum lupa,satu lagi,kau jangan pura2 lupa pasal rancangan kita tu.."lalu ilham melangkah pulang menuju rumahnya..

belum sempat pun Taufik berkata ilham dh jauh meninggalkannya.
'rancangan berani mati'desisnya dalam hati'

Monday, February 22, 2010

JANGAN ADA DENDAM LAGI 1

''Kau dah gila Ilham??Kau fikir rancangan kau ni boleh berjaya ke?"
taufik geram dengan rancangan bodoh kawannya.Sungguh,ini adalah rancangan bodoh yang pernah dia dengar.

"Apa pun yang akan terjadi,aku akan hadapi.Kau hanya perlu ikut apa yang aku suruh.." Ilham mengurut dahinya.Pening dengan kerenah Taufik yang dari tadi asyik mempertikaikn kemampuannya.Dia sudah nekad dengan kehendaknya sendiri.

"Kau tahu risikonya tinggi Ham,kita ni siapa nak tentang mereka??Dato Hisyam tu peneraju Hotel Heritage yang terbesar di UK.."

"Kalau kau takut,dah la.Kau pergi balik.Kau jangan nasihatkan aku itu ini semua..."jari telunjuk ditunding ke arah Taufik.Sedikit tercabar Ilham dengan kata-kata Taufik tadi.
Terundur setapak Taufik kebelakang.Sedikit terkejut dengan kelakuan Ilham.

"Aku balik dulu.Kau fikirlah mana yang terbaik untuk hidupmu Ham." Malas nak bertekak dengan sahabatnya hanya kerana perkara lalu.Lantas Taufik berlalu pergi.

Ilham hanya membisu.Meraup mukanya dengan kedua tapak tangannya.Sebenarnya, bukanlah dia tercabar dengan kata-kata sahabatnya,tetapi rasa tercabar dengan kata-kata nista yang telah dilemparkan kepada keluarganya 15 tahun dahulu.Ilham sudah serik dengan semua yang terjadi.Kalau dia sendiri sahaja yang menanggung semua beban ini,mungkin dia tidak senekad ini ingin memeteraikan dendamnya.Tapi,apa yang berlaku dulu,sudah pasti sakitnya juga turut dirasakan oleh ibunya.Sehingga menyebabkan ayahnya meninggal dunia.Semua disebabkan oleh perbuatan Dato Hisyam yang gilakan harta tanpa memikirkan kesakitan yang dipikul oleh golongan miskin seperti mereka.Taufik juga turut merasakan sedemikian.Hanya dulu,Taufik dan Ilham hanyala budak hingusan yang tidak tahu berbuat apa-apa apabila hak sah mereka diambil secara paksa.Cuma Ilham yang lebih rasa terhina kerana ibunya juga turut ditabur fitnah.

Mungkin Taufik mengatakan rancangan yang di atur adalah rancangan gila,tapi bagi Ilham mungkin dengan cara ini sahaja dia dapat memberikan pengajaran kepada Dato Hisyam.Agar sikapnya tidak lagi menyusahakan orang ramai.Mungkin kedatangan Dato Hisyam kali ini ke kampung mereka dengan niat yang sama.Akan mengambil hak penduduk kampung Samudera sepertimana yang dia lakukan 15 tahun yang lalu..

Ilham merebahkan badannya di atas kerusi panjang yang tersedia di Jeti Samudera itu.Tenang rasa hatinya apabila memandang ke langit malam.Melihat bintang-bintang yang berkelipan indah mengikut rentak degupan jantungnya.Dihauembus nafasnya perlahan,agar dapat membuang segala sisa api kemarahannya.Sedikit tenang hatinya dirasakan.Tiupan bayu malam itu membawa dirinya merungkai kenangan lama.Perlahan dipejamkan matanya..

Ilham teringat kembali kenangan lalu.Kampung Pasir Indah yang terletak di pinggir lautan Daerah Sandakan telah dirampas milik oleh Dato Hisyam 15 tahun yang lalu.Kerana gilakan harta,Dato Hisyam telah memalsukan semua dokumen surat tanah kampung tersebut.Sehinggakan tanah yang sebenarnya milik keluarga Ilham dirampas milik olehnya.Ayahnya Mohd Syukri pula telah hilang nyawa kerana mempertahankan hak keluarga mereka.Pengorbanan nya hanya sia-sia kerana Dato Hisyam lebih licik mengatur langkah dan strategi kotornya.Dato Hisyam telah mengupah seorang doktor untuk memalsukan keterangn kematian Mohd Syukri.Kononnya Syukri meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.Sedangkan yang sebenarnya Syukri telah dipukul hingga lemah dan dihumban ke dalam gaung bersama keretanya.Kamal sahabat baik Syukri telah melihat kejadian itu tetapi dia tidak mempunyai cukup bukti untuk menguatkn dakwaannya.
Bukan itu sahaja,malah ibunya juga difitah menjadi pelacur malam setelah kematian suami.Berat sungguh tuduhan itu.kononnya ibunya Haziani disiang hari berlakon menjadi ustazah yang mengajar mengaji,dan dimalam hari pula keluar mencari pelanggan untuk sara hidup mereka.Ilham yang dulunya hanya budak kecil pun turut mengerti dengan maksud fitnah itu.

"ibu tak sekejam itu kan bu?.."mengalir deras air mata Ilham.

"tidak sayang.ibu tak pernah melakukannya.."dikucup lembut ubun-ubun anaknya.dipeluk erat buah htinya.seerat-eratnya..mengalirkan kasih sayangnya yang tak terhingga.

"tapi kenapa orang kata ibu macam tu,Im tak nak orang kata macam tu.Im sakit bu.."Ilham mengemaskan lagi pelukannya.teramat dia menyayangi ibunya.

"shuuut,dah sayang..jagan fikir lagi.kita serahkan pada ILLAHI.biarla DIA yang menentukan segalanya."diletakkan jari kelingkingnya dibibir anaknya.menghalangnya dari berbicara.

''sayang tidur ya.."dipeluk erat tubuh anaknya..dia sahaja permata hatinya.hidupnya dan nadinya waktu ini dan selamanya.

Selang beberapa hari,datang seorang yang berpakaian kemas menunjukkan mereka surat tanah.menurutnya,rumah dan semua tanah 100 ekar ini adalah milik Dato HIsyam yang sah.Haziani hampir rebah apabila membaca surat itu.Walaupun berkeras,akhirnya,mereka akur dengan kekuatan yang dimiliki oleh Dato Hisyam..mereka keluar dari kampung itu.bukan itu sahaj,yang lebih menyakitkan,mereka dihalau serta merta bagaikan anjing yang terlelap sejenak dikaki jalan.dilempar,di keji di hina.pelbagai tomahan yang dilemparkan masih berbekas hingga ke hari ini.